BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 12, 2009

Some things can be repaired and replaced, but not this one.



"Ini cucu saya ni, belajar pandai,dapat 9As dalam PMR" walaupun hanya 8 As sebenarnya.Itulah nenekku, suka melebih2kan apa yang sikit.Bangga agaknya
dengan anak2 dan cucu2nya.Robiah Bai nama diberi, seorang wanita yang kuat dan tabah.
Gigih membesarkan anak2 beliau hingga berjaya semuanya dan menjadi orang yang baik2 alhamdulillah.Beliau menjagaku dari kecik dan antara orang yang paling rapat denganku. Masih aku ingat ketika berada di bangku tadika, beliau sentiasa menunggguku pulang.Dari jauh sudah kelihatan kelibat wanita tua menunggu di tepi jalan. "Along!, kenapa kotor sangat baju ni? sudah jom balik makan. Hari ni nenek masak sedap, kari along." memang sedap masakan nenekku ni.Kemudian di sekolah
rendah, selalu dibawaku ke pasar. Ketika embun mula merebahkan diri, ketika ramai masih dibuai mimpi, nenekku sudah bangun memulakan kerjanya.sebelum subuh sudah bangun dia membuat kuih untuk dijual di pasar. Senang cerita memang sedap semua masakan nenekku ni. "Along jangan makan inti kelapa tu banyak sangat, nenek nak jual apa nanti?" memang itu lar kerjaku setiap kali menemani beliau
membuat kuih. Dari kecil sampai besar banyak sungguh telah aku lalui bersama beliau.Sudah masak sangat dengan kekecohan mulut nenek Robiah ni hehe. Antara
orang yang boleh tahan kritikan berbentuk nasihatnya adalah makcik aku, Anita. Macam buku bertemu ruas memang kelaka tengok mereka berdebat di rumah.
aku juga tidak lari dari kritikan2 membina beliau,"Along belajar dulu jangan cari girlfriend, Along bila nak gunting rambut ni?, Kenapa cucu nenek ni
makin kurus, makin hitam?, Jangan bgaul dengan orang jahat2 along, dan the list goes on..suatu hari, nenekku terlantar sakit di hospital. Selalu juga aku dan keluarga pergi melawatnya, bibirnya yang sentiasa terukir dengan senyuman dan mulut yang
masih aktif membuatkan ramai orang gembira dan hilang niat untuk berdrama2 air mata di hospital . Memang kuat nenekku ni, tidak pernah mengeluh
hidupnya susah dan bergantung pada orang lain.Makcikku antara orang yang paling rapat dan tiap2 hari pergi menjaga beliau. Tiba harinya aku pergi
melanjutkan pelajaran ke seberang lautan, jauh pergi meninggalkan keluarga, meninggalkan nenek yang masih sakit.Pergilah aku ke hospital buat kali terakhir untuk
berjumpa nenek, meminta restu, meminta berkat, halalkan makan minom, ampunkan silap salah. Duduk aku di sebelah katil dan nenekku baring tersenyum di sebelah."Cucu saya ni nak belajar ke America" sempat lagi dia cakap kat orang sebelah ..Aku peluk erat nenekku, "Ampunkan dosa along nek, halalkan mkan minom along, tunggu along habis belajar ok?"...Nenek pelok erat tubuhku, " da tak sempat jumpa da lepas ni along, tapi nenek sentiasa doakan kejayaan along di dunia dan akhirat"..nak keluar
je air mata ni bila aku dengar kata2 tersebut. Aku cium kedua2 pipi dan tangannya sebelom aku pergi,pergi jauh dari nenek.Menangis kenalan2 yang berada di situ dan suruh aku banyak bersabar. Kita ni nak belajar memang banyak dugaannya, da ini adalah terbesar bagi aku. Kini sudah dua bulan aku di America, semuanya baik2 saja. kadang2 kol rumah untuk melepas rindu sama keluarga. Pada 27.10 2008, pukul 4 pm di Indiana, Us, aku menerima satu panggilan telefon. "Along, nenek sudah takde". satu berita yang aku memang tak mahu terima sepanjang 4 tahon ak di US. Tetapi ajal maut di tangan tuhan, sedih memang sedih dan termenung juga aku malam tu teringat akan nenek yang paling aku sayang dalam hidop ni. Macam2 bermain dalam pikiran aku, "macam mana ni, apa nak buat, aku da tak dapat jumpa nenek minta ampun dan halalkan makan minom, ingin sangat aku cium kedua pipinya dan ucapkan terima kasih". Besar sangat pengorbanan nenekku, wanita tunggal mmbesarkan anak2 dan cucunya. Dan paling aku terkilan, tak dapat usung jenazah nenek ke liang lahat memandangkan aku sorang saje cucu lelaki
yang ada."Nenek, along mintak maaf banyak2 dan harap nenek berbahagia di samping orang beriman, along redha dengan kehendakNya Yang Maha Esa.Semoga aman di sana, amin.Sayangilah mereka yang menyayangi kita, Al-Fatihah nenek. :)

7 comments:

.fadheR. said...

alaaaaa sedey :(
Al-Fatihah jugak nenek.

mcm bace novel la.gile sedap ayat

iliani said...

byk bersabar yek..
Insya-Allah dia tergolong dlm org2 yg beriman! =)
Al-Fatihah =)

sharuddinRos said...

thx, amin ntok smuenya =)

Anonymous said...

sharuddin,,sdey ak bc post nie...
sabar ye..
(saidatu_smart)

sharuddinRos said...

thnx =)

Anonymous said...

Semoga nenek saudara ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh..moga2 dapat la balik ke Malaysia tahun ni..dah jumpe tiket yang dicari2?

fadly98 said...

al-fatihah. semoga rohnya berada di kalangan orang yang beriman.